Ahad, 16 Julai 2017

Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam-perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. 

Alam semesta  merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan diamanahkan untuk menjaganya dengan baik. Alam semesta ini perlu dilindungi dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak dicemari dengan kerosakan. 

Namun, sikap segelintir pihak memandang remeh tentang penjagaan alam sekitar ini. Akibatnya, timbul pelbagai kesan yang telah menyebabkan alam sekitar ini tercemar.  Maka, pelbagai punca, kesan dan langkah perlu dikenalpasti untuk memastikan alam sekitar kekal sihat dan bersih untuk kehidupan makhluk bumi. 



Air merupakan komponen terpenting dalam kehidupan makhluk di Bumi. Tanpa air, semestinya manusia sukar untuk meneruskan kehidupan seharian. Manusia memerlukan air untuk kegiatan harian seperti pertanian, perikanan, perladangan, perindustrian, perlombongan dan lain-lain.

Namun, tanpa kita sedar, kualiti air semakin hari menjadi semakin tercemar. Ia adalah demikian kerana perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.

PUNCA 
  • Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai.
  • Pembuangan sisa-sisa toksik kilang (proses minyak dan getah) oleh pihak yang tidak peka dan tidak bertanggungjawab disalurkan ke sungai.
  • Penggunaan tandas lama yang menjadikan sungai tempat membuang najis.
  • Pembuangan minyak diesel semasa pembersihan sungai.
  • Kegiatan pembalakan yang tidak terkawal.
KESAN
  • Kehidupan akuatik musnah.
  • Air sungai menjadi keruh.
  • Mudah mendapat penyakit seperti gatal-gatal, taun.

Sumber: Sini


Udara merupakan campuran gas yang terdapat pada permukaan bumi. Udara tidak dapat dilihat dan tidak mempunyai rasa. Ia hanya dapat dirasai oleh kehadiran angin yang menggerakkan sesuatu benda. Sekiranya udara tercemar, ia boleh menyebabkan kemudaratan dan ketidakselesaan kepada makhluk di Bumi. 


PUNCA
  • Kenderaan bermotor (kereta, motor, kapal terbang) yang mengeluarkan bahan api fosil sehingga terhasil gas seperti gas karbon monoksida, nitrus oksida dan hydrokarbon.
  • Kenderaan yang tidak diservis menyebabkan pengeluaran asap berlebihan diruang udara. 
  • Pembakaran terbuka menyebabkan partikel asap tersebut diterbangkan oleh angin sehingga menyebabkan jerebu.
  • Penggunaan penghawa dingin yang mempunyai cecair penyejuk. Ia akan melepaskan gas Klorofluorokarbon (CFC) yang dilepaskan ke udara dan akan menipiskan lapisan ozon bumi.
  • Aktiviti perindustrian yang tidak menggunakan penapis asap akan menyebabkan asap tersebar ke ruang udara. 

KESAN
  • Penyakit mata seperti katarak mata. Jika pencemaran semakin teruk, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.
  • Gangguan pernafasan seperti asma dan mudah mengantuk. Ini adalah demikian kerana tidak mempunyai oksigen yang cukup dan bersih.
  • Tumbuhan mengalami kerosakan seperti keguguran daun dan pertukaran warna.
  • Haiwan akan mati akibat tumbuhan yang tercemar.
  • Penipisan lapisan ozon yang berfungsi melindungi bumi dari cahaya terus matahari. Penyakit kulit boleh berlaku jika pendedahan cahaya terus matahari tidak dilindungi. Tambahan lagi, akan berlaku pencairan ais di Kutub bumi. 
  • Mudah berlaku jerebu dan menghalang jarak penglihatan manusia.




Tanah adalah bahagian dari kerak yang tersusun dari mineral dan bahan organik. Pencemaran tanah merupakan kerosakan muka bumi yang telah disebabkan oleh pihak yang menyalahgunakan sumber alam yang sedia ada. 

PUNCA

  • Penebangan hutan yang tidak terkawal
  • Amalan pertanian seperti penggunaan racun
  • Perlupusan sisa yang ditanam
  • Industri perlombongan
  • Pembuangan bahan buangan dari kilang-kilang
  • Penggunaan racun serangga
  • Limbah domestik

Ia merupakan sampah yang tidak dapat diuraikan oleh mikroorganisme.

Contohnya seperti plastik, plastik bungkusan snek atau tin air minuman.

  • Limbah cair

Ia merupakan zat beracun. Jika meresap ke dalam tanah, akan menyebabkan kematian dan kehilangan kesuburan tanah. 

Contohnya seperti minyak dan cat.

Limbah padat
Reaksi kimia yang menghasilkan gas tertentu. Ia menyebabkan pembusukan yang menimbulkan bau.


KESAN

  • Berlakunya hakisan yang akan menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat.

SUMBER: SINI



Pencemaran bunyi merupakan bunyi yang menganggu persekitaran. Ia kurang mendapat perhatian sebelum ini namun ia menjadi berleluasa apabila adanya gangguan bunyi terutamanya di jalan raya. Peningkatan kenderaan menyebabkan bunyi yang tidak menyenangkan dalam kalangan masyarakat. Bunyi hon dan enjin daripada kenderaan yang tidak henti-henti boleh menyebabkan masyarakat di sekelilingnya tidak mempunyai kesabaran untuk menghadapi bunyi bising dalam kehidupan seharian mereka.

PUNCA
  • Mesin dan jentera daripada kilang yang mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan terutamanya bagi industri pembinaan.


KESAN
  • Masalah pendengaran bagi mereka yang sentiasa menghadapi bunyi bising tersebut.
  • Tekanan emosi dan psikologi membuatkan tidak boleh berfikir dengan baik.
  • Gangguan tidur pada waktu malam.



Langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran:

  • Pendidikan Alam Sekitar di sekolah bagi memupuk nilai-nilai murni terhadap alam sekitar.
  • Kempen kesedaran yang lebih kerap untuk memupuk pemeliharaan dan pemuliharaan dalam kalangan masyarakat.
  • Denda yang tinggi bagi pihak yang menyebabkan pencemaran.
  • Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak yang berkaitan.





Pertandingan Kepenggunaan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2017



Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh FOMCA. Semenjak diadakan pada tahun 2002, pertandingan ini menjadi saluran kepada semua lapisan masyarakat, sama ada kanak-kanak, pelajar sekolah rendah atau menengah, pelajar institusi pengajian tinggi dan orang awam, untuk menyalurkan pandangan mereka tentang isu kepenggunaan dalam pelbagai medium pertandingan.
Penyertaan yang menggalakkan terhadap pertandingan yang masuk tahun ke-16 ini, menunjukkan kecenderungan yang tinggi untuk menyertai pertandingan ini. Kini pertandingan ini telah menjadi sebagai salah satu aktiviti Kelab Pengguna Sekolah, khususnya di Sekolah Menengah.
Pada tahun 2017, FOMCA menawarkan hadiah wang tunai yang berjumlah RM300,000 untuk dimenangi. Semua peserta yang menyertai pertandingan kepenggunaan akan diberikan Sijil Penyertaan. 12 jenis pertandingan kepenggunaan yang akan dipertandingkan pada tahun ini adalah seperti berikut :-
  1. Pertandingan Mengarang Esei Kepenggunaan (5 Kategori)
  2. Pertandingan Melukis Poster dan Mereka Bentuk Poster Grafik Kepenggunaan (5 Kategori)
  3. Pertandingan Melukis Kartun Kepenggunaan
  4. Pertandingan Blog Kepenggunaan (2 Kategori)
  5. Pertandingan Fotografi Kepenggunaan(2 Kategori)
  6. Pertandingan Buku Skrap Kepenggunaan
  7. Pertandingan “Speak Up” (2 Kategori)
  8. Pertandingan Mewarna Kepenggunaan
  9. Pertandingan Anugerah Penyertaan Terbanyak Peringkat (2 Kategori)
  10. Anugerah Guru HPM (2 Kategori)
  11. Pertandingan ‘MySWITCH’ (2 Kategori)
  12. Cabaran Kewangan Allianz (2 Kategori)
“Anugerah Guru HPM”  diadakan dengan tujuan mengenal pasti guru yang bergerak aktif dalam pendidikan kepenggunaan di Malaysia dan mengiktiraf guru-guru yang bergerak secara sukarela dalam mendidik pengguna muda tentang kepentingan ilmu kepenggunaan.
Selain itu, FOMCA juga mengadakan sesi jerayawara (roadshow) dan pelbagai aktiviti bagi mempromosi pertandingan ini untuk menggalakkan penyertaan, antaranya:
  1. Ceramah Kepenggunaan di sekolah dan IPTA/S
  2. Pertandingan Mewarna di sekolah rendah
  3. Pertandingan Mewarna di Pasar raya Giant
  4. Pertandingan Mewarna di Komuniti
Acara kemuncak bagi pertandingan kepenggunaan ini adalah Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kepenggunaan 2017 yang diadakan di tempat dan tarikh yang akan ditentukan kelak. Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti Pertandingan Mewarna Akhir Kanak-kanak, gerai pameran, demonstrasi badan beruniform dan sebagainya diadakan semasa majlis tersebut. Sila layari www.mypengguna.com untuk keterangan lanjut.
  
Pada tahun ini, Pertandingan Kepenggunaan turut mendapat sokongan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & kepenggunaan  (KPDNKK) dan Kementerian Pendidikan Malaysia. FOMCA juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak korporat yang telah banyak menyokong aktiviti-aktiviti pendidikan kepenggunaan yang dijalankan oleh FOMCA. FOMCA berharap Pertandingan Kepenggunaan pada tahun ini akan menjadi lebih meriah dengan lebih banyak penyertaan daripada orang ramai. Untuk sebarang maklumat lanjut atau perubahan terkini, sila layari www.mypengguna.com atau hubungi Urus Setia HPM.
Sekian, terima kasih    
Prof Datuk Dr Marimuthu Nadason
Presiden FOMCA    


SUMBER: MyPengguna

Hak-Hak Pengguna

HAK-HAK SEBAGAI SEORANG PENGGUNA



Terdapat 8 hak-hak pengguna yang perlu diketahui.

1. Hak untuk mendapatkan keselamatan
Hak untuk dilindungi daripada barangan yang dipasarkan atau bekalan perkhidmatan yang membahayakan kesihatan dan kehidupan pengguna.

 2. Hak untuk mendapatkan maklumat
Hak untuk dilindungi daripada iklan atu label yang mengelirukan, tidak jujur atau menyeleweng dan hak untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang diperlukan untuk membuat pilihan yang tepat.

3. Hak untuk membuat pilihan
Hak untuk membuat pilihan barangan dan perkhidmatan dengan harga perpatutan dan jaminan kualiti yang memuaskan.

4. Hak untuk bersuara
Pengguna berhak untuk menyuarakan pendapat secara individu atau berwakil supaya suara mereka didengari dan diambil kira dalam penggubalan dasar kerajaan. Pengguna juga berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati jika mendapat barangan yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

5. Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Hak untuk mendapatkan keperluan dan perkhidmatan asas yang mencukupi seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sanitasi.

6. Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi gambaran yang tidak benar, barangan berkualiti rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.

7. Hak untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan
Hak untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan di dalam hal-hal kepenggunaan supaya menjadi pengguna yang berilmu dan bermaklumat.

8. Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Hak untuk hidup dan bekerja dalam persekitaran yang segar, tidak mengancam ataupun bahaya serta membolehkan hidup penuh dengan keselamatan dan keselesaan.


1pengguna Kredit: