Ahad, 16 Julai 2017

Pencemaran Alam Sekitar

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan) - pengotoran alam-perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. 

Alam semesta  merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai harganya dan diamanahkan untuk menjaganya dengan baik. Alam semesta ini perlu dilindungi dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak dicemari dengan kerosakan. 

Namun, sikap segelintir pihak memandang remeh tentang penjagaan alam sekitar ini. Akibatnya, timbul pelbagai kesan yang telah menyebabkan alam sekitar ini tercemar.  Maka, pelbagai punca, kesan dan langkah perlu dikenalpasti untuk memastikan alam sekitar kekal sihat dan bersih untuk kehidupan makhluk bumi. 



Air merupakan komponen terpenting dalam kehidupan makhluk di Bumi. Tanpa air, semestinya manusia sukar untuk meneruskan kehidupan seharian. Manusia memerlukan air untuk kegiatan harian seperti pertanian, perikanan, perladangan, perindustrian, perlombongan dan lain-lain.

Namun, tanpa kita sedar, kualiti air semakin hari menjadi semakin tercemar. Ia adalah demikian kerana perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.

PUNCA 
  • Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai.
  • Pembuangan sisa-sisa toksik kilang (proses minyak dan getah) oleh pihak yang tidak peka dan tidak bertanggungjawab disalurkan ke sungai.
  • Penggunaan tandas lama yang menjadikan sungai tempat membuang najis.
  • Pembuangan minyak diesel semasa pembersihan sungai.
  • Kegiatan pembalakan yang tidak terkawal.
KESAN
  • Kehidupan akuatik musnah.
  • Air sungai menjadi keruh.
  • Mudah mendapat penyakit seperti gatal-gatal, taun.

Sumber: Sini


Udara merupakan campuran gas yang terdapat pada permukaan bumi. Udara tidak dapat dilihat dan tidak mempunyai rasa. Ia hanya dapat dirasai oleh kehadiran angin yang menggerakkan sesuatu benda. Sekiranya udara tercemar, ia boleh menyebabkan kemudaratan dan ketidakselesaan kepada makhluk di Bumi. 


PUNCA
  • Kenderaan bermotor (kereta, motor, kapal terbang) yang mengeluarkan bahan api fosil sehingga terhasil gas seperti gas karbon monoksida, nitrus oksida dan hydrokarbon.
  • Kenderaan yang tidak diservis menyebabkan pengeluaran asap berlebihan diruang udara. 
  • Pembakaran terbuka menyebabkan partikel asap tersebut diterbangkan oleh angin sehingga menyebabkan jerebu.
  • Penggunaan penghawa dingin yang mempunyai cecair penyejuk. Ia akan melepaskan gas Klorofluorokarbon (CFC) yang dilepaskan ke udara dan akan menipiskan lapisan ozon bumi.
  • Aktiviti perindustrian yang tidak menggunakan penapis asap akan menyebabkan asap tersebar ke ruang udara. 

KESAN
  • Penyakit mata seperti katarak mata. Jika pencemaran semakin teruk, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta.
  • Gangguan pernafasan seperti asma dan mudah mengantuk. Ini adalah demikian kerana tidak mempunyai oksigen yang cukup dan bersih.
  • Tumbuhan mengalami kerosakan seperti keguguran daun dan pertukaran warna.
  • Haiwan akan mati akibat tumbuhan yang tercemar.
  • Penipisan lapisan ozon yang berfungsi melindungi bumi dari cahaya terus matahari. Penyakit kulit boleh berlaku jika pendedahan cahaya terus matahari tidak dilindungi. Tambahan lagi, akan berlaku pencairan ais di Kutub bumi. 
  • Mudah berlaku jerebu dan menghalang jarak penglihatan manusia.




Tanah adalah bahagian dari kerak yang tersusun dari mineral dan bahan organik. Pencemaran tanah merupakan kerosakan muka bumi yang telah disebabkan oleh pihak yang menyalahgunakan sumber alam yang sedia ada. 

PUNCA

  • Penebangan hutan yang tidak terkawal
  • Amalan pertanian seperti penggunaan racun
  • Perlupusan sisa yang ditanam
  • Industri perlombongan
  • Pembuangan bahan buangan dari kilang-kilang
  • Penggunaan racun serangga
  • Limbah domestik

Ia merupakan sampah yang tidak dapat diuraikan oleh mikroorganisme.

Contohnya seperti plastik, plastik bungkusan snek atau tin air minuman.

  • Limbah cair

Ia merupakan zat beracun. Jika meresap ke dalam tanah, akan menyebabkan kematian dan kehilangan kesuburan tanah. 

Contohnya seperti minyak dan cat.

Limbah padat
Reaksi kimia yang menghasilkan gas tertentu. Ia menyebabkan pembusukan yang menimbulkan bau.


KESAN

  • Berlakunya hakisan yang akan menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat.

SUMBER: SINI



Pencemaran bunyi merupakan bunyi yang menganggu persekitaran. Ia kurang mendapat perhatian sebelum ini namun ia menjadi berleluasa apabila adanya gangguan bunyi terutamanya di jalan raya. Peningkatan kenderaan menyebabkan bunyi yang tidak menyenangkan dalam kalangan masyarakat. Bunyi hon dan enjin daripada kenderaan yang tidak henti-henti boleh menyebabkan masyarakat di sekelilingnya tidak mempunyai kesabaran untuk menghadapi bunyi bising dalam kehidupan seharian mereka.

PUNCA
  • Mesin dan jentera daripada kilang yang mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan terutamanya bagi industri pembinaan.


KESAN
  • Masalah pendengaran bagi mereka yang sentiasa menghadapi bunyi bising tersebut.
  • Tekanan emosi dan psikologi membuatkan tidak boleh berfikir dengan baik.
  • Gangguan tidur pada waktu malam.



Langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran:

  • Pendidikan Alam Sekitar di sekolah bagi memupuk nilai-nilai murni terhadap alam sekitar.
  • Kempen kesedaran yang lebih kerap untuk memupuk pemeliharaan dan pemuliharaan dalam kalangan masyarakat.
  • Denda yang tinggi bagi pihak yang menyebabkan pencemaran.
  • Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak yang berkaitan.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan